Selasa, 13 November 2012

SAHABAT SELAMANYA



SAHABAT SELAMANYA


***Antara cinta dan persahabatan ,
andainya diberi pilihan untukku memilih diantara kedua-duanya, akanku pilih kedua-duanya, kerana bagiku ia sama beerti dan bernilai dalam hidupku***


Dulu aku selalu dengar lagu 'Teman Sejati' yang di popularkan oleh kumpulan Brothers,seriously suka sangat dengan lagu tu.Dalam pada masa yang sama aku terfikir adakah aku akan berjumpa dan memiliki sahabat dan teman sejati itu (serius aku fikir sampai berjam jam lamanya sambil senyum sorang-sorang haha).Kadang-kadang persahabatan itu datang tanpa diduga dan tanpa dicari,tapi bila ia datang kita cuba menyambutnya dengan macam- macam jenis perasaan.Bukan kerana tidak ingin didekati atau menerima persahabatan itu, cuma mungkin cara yang datang adalah dengan cara yang kurang selesa dan cara yang berbeza yang tidak dapat diterima dengan sebaiknya.Pandai-pandailah memilih kawan bukan kerana terlalu memilih,ini kerana kawan yang mungkin beribu-ribu itu, tidak semua yang dapat menyambut dan menghulurkan tangan ketika kita dalam kesedihan,kesusahan dan putus harapan.Mungkin ada sesetengah orang lebih suka kawan sejati itu adalah si suami atau si isteri ,ada yang membuat teman dan sahabat sejati itu adalah ayah dan ibu,abang dan kakak dan lain-lain.Apapun jenis yang dipilih berusaha lah untuk memilikinya dalam mejalani bahtera kehidupan yang berliku tanpa tahu bilakah penghujungnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kini aku bersyukur aku punya teman sejati itu ,teman dan sahabat yang aku boleh berkongsi masalah,tahu segala cerita-cerita disebalik takbir kehidupan aku dan boleh menyimpan segala rahsia-rahsia aku dan yang paling penting boleh kongsi suka dan duka,walaupun tidaklah ramai namun aku sudah punya. Anda????

Apa yang penting dalam persahabatan adalah keikhlasan dan kejujuran,itu akan membuatkan ukhwah yang terjalin akan lebih manis seperti madu.Sahabat aku pernah berkata "Keikhlasan adalah seperti semut hitam yang bertenggek di batu hitam, dia wujud namun kadang kala tidak dapat melihat kewujudannya"  mula-mula aku pun tak berapa nak faham ertinya tapi bila diperhalusi kembali faham lah sikit hehe.Biarlah kita miskin harta,tapi janganlah kita miskin dalam erti bersahabat.


*PERSAHABATAN,satu ikatan yang lahir dari hati ,keinginan yang ikhlas,bagi berkongsi tawa,tangis,kasih dan sayang,sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya tentang impian dan pengetian hidup ini.*



2 ulasan: