Khamis, 11 Julai 2013

IBU




“Kehilangan waktu itu lebih sulit daripada kematian, karena kehilangan waktu membuatmu jauh dari Allah dan Hari Akhir, sementara kematian membuatmu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja.” – Ibnu al-Qayyim


Tiada apa yang dapatku ungkapkan hanya perkataan INNALILAHIROJI'UN dan airmata tanda kesedihan yang membuatkan diri ini sedikit alpa tentang kehidupan yang sementara.Tanggal 24-6-2013 Wanita yang bergelar IBU kepada 10 orang anak pergi menghadap Ilahi didalam lingkungan jam 9.05 pagi yang jatuhnya pada hari Nisfu Syaaban .Walau perit untuk aku terima namun aku bersyukur mempunyai kawan-kawan yang tidak putus memberikan kata-kata semangat dalam menjalani kehidupan yang akan mendatang tanpa seorang IBU.Kini genap 3 minggu ibu pergi meninggalkan kami,nukilan ini hanya untuk menjadi memori abadi untuk IBU ku.Biar kita jauh dimata dan didunia yang berbeza namun anak-anakmu akan terus mendoakan mu.Sedikit rencana perjalanan IBU sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2011
~Ibu disahkan menghidap penyakit usus bernanah:Berpunca dari hanya 1 bisul kecil yang tumbuh dan
  melarat ke perut dan ke dubur.
~Ibu menjalani pembedahan pertama dan waktu itu aku di tahun akhir degree.
~Pembedahan berjaya dan mengambil masa untuk sembuh setahun 4 bulan

2012
~Ibu mendapat penyakit Tiroid dan dimasa yang sama ibu perlu menjalani pembedahan kedua untuk memasukkan Usus besar semula.
~Tanggal bulan 5 ibu dimasukkan ke Hospital untuk pembedahan kedua.
~2 hari selepas pembedahan ibu nampak seperti makin pulih dan dibenarkan pulang.
~Namun seminggu ibu dirumah keadaan ibu semakin teruk dengan sukar bernafas dan selalu muntah bila makan dan minum ubat.
~Dibawa semula ke Hospital Taiping dan disahkan oleh Dr terdapat sedikit nanah di hati Ibu.
~Proses scan dan perlu menjalani pembedahan hati,namun ALLAH lebih sayang pada Ibu,Ibu pergi 
  buat Selama-lamanya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 44 Hari Ibu

Kata-kata ibu didalam 44 hari ibu sebelum ke pangkuan ilahi:

-Sebelum pembedahan kedua-

"Har ,mak mintak maaf kalau mak ada buat salah dan silap selama ini" ungkapan ini diungkap oleh ibu waktu aku ingin pulang kembali ker Johor selepas pulang ke kampung.


Selepas pembedahan kedua
"Mak dah tak kuat,mak kuat pun sebab anak-anak mak mendoakan mak"-ungkapan ini mak cakap kepada kakak bongsu.

"Har hang tengok mak ni macam mana??? dengan menahan air mata aku membalas "Mak akan pulih mak,insyallah mak banyakkan berzikir ,mak jangan fikir banyak "waktu ni mak tahan sakit dan hanya melihat kebawah sewaktu bercakap -seminggu lepas pembedahan kedua

Seminggu sebelum Mak menghadap Ilahi: waktu ini mak asyik bertanya kan kakak bongsu bila nak balik jaga dia dihospital,kakak bongsu mengambil cuti 2 minggu dan sempat menjaga mak selama 3 hari.

"mak teringin nak makan agar-agar merah, mak nak lembut jer buat dan tak manis"

"Har mata mak ni dah kabur,tengok pun dah tak nampak"

perbualan dan ungkapan terakhir Ibu dengan aku: "Har ,doakan mak cepat sembuh" waktu ni baru lepas cium mak dan salam dengan mak, waktu nak melepaskan tangan, mak pegang dan usap tangan aku 3 ke 4 kali sambil tengok muka aku..beberapa saat. 

Waktu ini aku hanya menahan airmata dari mengalir sebab aku tak nak mak tengok aku menangis depan mak.Sebab aku tahu mak menahan sakit yang Allah saja yang tahu.Dalam itu dia mampu untuk melayan kami anak-anak walau dalam keadaan sakit. 

23-6-2013 

"Hanya akak bongsu yang berada dihospital bersama abah,kerana aku balik ke rumah kampung.

Pagi 23-6 mak dalam keadaan baik seperti biasa. Mak hanya banyak minum air  dan hanya sedikit menjamah makanan. Sehinggalah jam hampir pukul 12 malam . Mak suruh kakak tidur , sebelum tidur kakak tanya mak nak apa-apa tak,mak cakap dia nak  minum air dan lap muka dengan air, tapi mak nak lap muka dengan guna air Yasin.Sebelum tidur mak usap tangan kakak dan cakap "ila hang tidur lah" waktu ni mak seperti biasa dan  mak berasa penat dan terus tidur. 



Tepat 3 pagi kakak tersedar kerana bermimpi ada suara memangil nama "MAK". Kakak terus tengok kearah mak,tapi berasa hairan kerana nafas mak tak berbunyi kerana waktu itu mak guna oksigen.Terus akak tengok keadaan mak dan panggil mak,tapi mak tak sedar dan terus memanggil nurse dan Dr.


Tepat 3.10 pagi kakak call dan cakap suruh semua anak-anak ke Hospital.Waktu sampai dihospital mak tak sedar dan menggunakan mesin oksigen.Dalam hati masih berharap mak hanya koma dan akan sedar.

Sehinggalah 9 pagi Dr pakar datang dan membuat CPR.Akhirnya ibu disahkan meninggal jam 9.05 pagi.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tiada apa yang dapat aku ungkapkan hanya mengucap dan beristifar ,segalanya berlaku dengan pantas.Sebagai hamba biasa tidak lari dari meratapi pemergian Ibu.Namun di tenteramkan oleh adik-beradik yang lain.Kehidupan selepas ini ,tiada lagi doa Ibu,tiada lagi gurau senda dari Ibu ,tiada lagi masakan dari air tangan Ibu,tiada lagi nasihat dari Ibu,tiada lagi berkongsi masalah dengan Ibu.Namun aku bersyukur kerana dipilih oleh ALLAH bersama kakak bongsu,abang ke 4 dan Abah dapat mencium Ibu buat kali terakhir selepas proses mandi dan kapan dilaksanakan di Hospital Taiping.

Segala kenangan Ibu bersama kami adik beradik akan terus menjadi kenangan paling indah didalam hidup kami.Walau jauh dimata tetapi dekat dihati.Terima kasih buat sahabat-sahabat yang memberi doa buat Ibu aku   dan kata -kata semangat buat aku.Aku lemah diawalnya namun kini cuba menjadi kuat.

ungkapan dari salah seorang sahabat aku " Are ko bersabar banyak-banyak k,sekarang ni waktu ko Allah uji, esok lusa akan sampai waktu aku pulak ALLAH akan ambik Mak aku" dan aku tak tahu aku mampu tempuh macam mana ko tempuh sekarang"  


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Benarlah cakap kawan aku ,aku harus banyak bersabar dan sentiasa berdoa,Allah uji aku masa sekarang namun mereka??Pasti akan diuji ,hanya lambat atau cepat.Semoga mak bersama para-para solihin tak lupa juga kepada arwah kakak,atok dan nenek aku yang telah pergi meninggalkan kami.-Al-fatihah

Semoga ujian ini akan lebih mendekatkan diri aku kepada maha Pencipta dan Esa,dalam aku menempuh hari Kematian kelak 
"mak are akan selalu mendoakan mak,are mintak maaf jika are masih tidak dapat menjadi anak yang baik,namun are akan cuba menjadi yang terbaik dunia dan akhirat"









Tiada ulasan:

Catat Ulasan