Jumaat, 26 Julai 2013

AURAT




Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: 
“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Firman Allah SWT
Maksudnya: {Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}.” [Al-Ahzab: 59].
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AURAT LELAKI 


Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:
(1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
(2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.Auratnya adalah seluruh tubuh badannya.
[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].


AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
Sementara Ulama’ Mazhab Maliki dan Syafi’ie berpendapat: “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya.”
SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA.
1. Bapa sendiri ( bapa kandung).
2. Bapa suami (bapa mertua).
3. Anak lelaki
4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).
7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).
8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
9. Anak lelaki susuan.
10. Bapa susuan.
11. Saudara susuan.
12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
13. Menantu lelaki.
BEBERAPA KEADAAN YANG DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA.
1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli.
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi.
5. Ketika mengajar.
KESALAHAN WANITA TENTANG CARA PEMAKAIAN
1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Facebook adalah tempat yang mudah bagi golongan wanita dan lelaki menambah dosa dengan meletakkan gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat secara sempurna.Kawan-kawan janganlah hanya untuk merasa diri dipandang indah dimata manusia ,kita leka dalam hal berkaitan aurat .Jika ada gambar kita yang tidak menutup aurat secara sempurna kita simpanlah sebagai hak peribadi,bukan untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan bagi menambahkan lagi dosa yang ada.Cukuplah dosa-dosa kita yang lain,jangan pula ditambah dosa selama 24 jam yang mungkin kita ambil mudah.Bagi lelaki yang bergambar hingga menampakkan lutut dan perempuan yang menampakkan rambut dan pakaian yang ketat, masih tidak terlambat untuk menukar gambar profile dan delete gambar tersebut dan guna gambar yang lebih Baik.Insyallah sesuatu niat yang baik pasti ALLAH menyukainya.Mudah-mudahan kita terus mengambil tindakan dan berubah ke arah lebih baik,mungkin kita salah faham sebelumnya namun Inikalilah kita UBAH!!! INSYA ALLAH AMIN.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  1. Rambut “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya” (HR. Bukhari & Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan